Sunday, 24 February 2013

KURSUS PRA PERSARAAN & KURSUS PERJAWATAN


YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI ATAU MENGHANTAR WAKIL UNTUK “KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM” DAN “KURSUS PERJAWATAN : TATACARA PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA DAN PEMANTAPAN ORGANISASI”
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Psycho Training and Services, merupakan syarikat milik penuh bumiputera  dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan menganjurkan kursus seperti di bawah :-
 
                        Nama Kursus               :    PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM
                        Tarikh                          :    18-20 MAC 2013
                        Tempat                        :    HOTEL SERI MALAYSIA, AYER KEROH, MELAKA
                        Kumpulan Sasaran    :    BAKAL PESARA TAHUN 2013-2018                     
 
 
                        Nama Kursus               :    KURSUS PERJAWATAN 
                        Tarikh                          :    15-16 APRIL 2013
                        Tempat                        :    CITITEL MID VALLEY, Kuala Lumpur
                        Kumpulan Sasaran    :    PEGAWAI/KAKITANGAN PEMBANGUNAN ORGANSISI
 
 3.         Untuk maklumat pihak YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan, syarikat kami sangat aktif dalam pengendalian kursus bagi sektor awam. Berikut adalah di antara testimoni yang telah dijalankan :-
 
Testimoni Kursus Pra Persaraan :
Peserta berpendapat kursus ini perlu diberikan kepada mereka sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum bersara supaya bakal pesara dapatmembetulkan kesilapan dalam perkhidmatan terutama kepada perkara melibatkan pengiraan GCR, cuti rehat sewaktu cuti haji, kesilapan pengeluaran caruman KWSP, cuti sakit swasta(MC).
 
Testimoni Kursus Perjawatan :
Peserta sangat berpuas hati dengan modul dan pemahaman dalam penyediaan kertas cadangan perjawatan yang berkualiti sebelum diserahkan kepada Agensi Pusat bagi memudahkan urusan kelulusan.
 
4.         Oleh yang demikian, pihak kami menjemput organisasi YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mencalonkan pegawai-pegawai yang bersesuaian untuk menyertai kursus anjuran syarikat kami. Bersama-sama surat ini dilampirkan brosur dan borang pendaftaran kursus untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sokongan dan pertimbangan YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment